Name of the project: Sukarelawan operasi membantu pelajar yang terjejas akibat bencana banjir kilat
Date: 27 SEPTEMBER 2022
Location: Asrama penginapan pelajar lelaki, jalan yaacob, kampungg mohd amin, Johor Bahru, Johor.
Organizer: CENTRE OF COMMUNITY ENGAGEMENT (CCE) NMUC
Pada 22 September 2022, sebanyak 10 kawasan di daerah Johor Bahru termasuk asrama pelajar lelaki telah terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat yang berterusan. Paras air telah meningkat dengan mendadak sehingga menyebabkan kediaman pelajar asrama lelaki yang terletak di Jalan Yaacob, Johor Bahru, Johor telah dimasuki air. Sehubungan dengan itu, Centre of Community Engagement (CCE) telah melancarkan tabung derma kilat bagi membantu pelajar lelaki yang tinggal di asrama tersebut. Asrama ini didiami oleh 35 orang pelajar lelaki NMUC yang terdiri daripada mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah (B40). Oleh itu, pihak Centre of Community Engagement (CCE) memilih beberapa orang wakil yang terdiri daripada pensyarah dan ahli jawatankuasa Centre of Community Engagement (CCE) untuk menyertai program kesukarelawan ini. Program ini memberi peluang kepada para pensyarah NMUC menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan berbakti kepada masyarakat.